Pemacu Dunia Pendidikan  Guru Menerangi Dengan Cahaya Teknologi Kemahiran Teknologi Pemacu Dunia Pendidikan  Information and Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Pengajaran
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya. - Za'ba

Monday 25 May 2015

Pegenalan SCORM

Pegenalan SCORM


Sharable Content Object Reference Model (SCORM) adalah model yang dijadikan sebagai rujukan dalam menghasilkan kandungan e-learning. Kandungan e-learning dalam SCORM ini dikenali sebagi SCO (shareable content object). SCO digunakan untuk melakukan perkongsian kandungan antara  Learning Management System (LMS) yang berlainan, contohnya sco yang terdapat pada Moodle boleh dikongsikan atau digunakan kedalam persekitaran Blackboard atau WebCT tanpa melakukan sebarang perubahan dari segi pengaturcaraan.Oleh itu pembinaan bahan atau kandungan topik pembelajara dan e-learning (SCO)perlu mengikut standard SCORM bagi memudahkan proses perkongsian atau pertukaran dari segi platform e-learning.

Piawaian dibina pada tahun 1997 melalui projek Advance Distributed Learning (ADL) initiative (ADLnet.org) di Amerika Syarikat. Penyumbang dana untuk pembangunan SCORM adalah dari United States Department of Labor, Department of defence dan National Guard Bureau. Dirasmikan oleh oleh White House Office of Science and Technology. SCORM mengenegahkan konsep reusability, durability, accessibility dan interoperability.

Sunday 24 May 2015

Perisian Pengaturcaraan Scratch

Pengenalan kepada Pengaturcaraan Scratch


Pembangunan perisian Scratch adalah hasil kajian daripada kumpulan kajian Lifelong Kindergarten di Makmal Media MIT : https://llk.media.mit.edu/. Idea yang diketengahkan adalah dengan menukarkan bahasa pengatucaraan yang asal berbentuk kod dan sintak kepada bentuk objek yang mudah dan menarik untuk digunakan bagi pembelajaran asas pengaturcaraan (MIT Media Lab, 2012). Pengaturcaraan SCRATCH membekalkan bahasa pengaturcaraan bergrafik atau lebih dikenali sebagai bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang memudahkan kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas menggunakannya.

Blok-blok visual pengaturcaraan SCRATCH membenarkan pengguna menghasilkan program dengan tarik dan letak ke dalam kawasan skrip. Terdapat beberapa jenis blok iaitu motion, looks, sound, pen, control, sensing, operators dan variables. Melalui pengaturcaraan SCRATCH, Pelajar dengan lebih mudah dapat memahami konsep pengaturcaraan seperti struktur logikal (berjujukan, bercabang, pengulangan, kondisi), pembolehubah dan senarai, pemprosesan berbantukan peristiwa, debugging dan sebagainya. Aplikasi scratch membolehkan murid - murid disekolah rendah untuk membina aplikasi multimedia dan permainan berdasarkan idea dan tema yang disukai. Konsep pengenalan pengaturcaraan dalam pendidikan sekolah rendah membolehkan pendedahan awal dilakukan kepada bahasa pengaturcaraan. Perkembangan ini menjadikan murid -murid lebih cekap menggunakan scratch dan dapat memindahkan idea -idea kreatif melalui perisian scratch. Berikut ialah video tutorial SCRATCH sebagai asas pengenalan dan peringkat pertengahan.

Lesson 1

Saturday 23 May 2015

Teka Silang Kata

Mari cuba permainan teka silang kata 


Belajar Sambil Bermain - (Online Games)

Jom belajar mengeja dengan PPBK e-pembelajar

Jenis-Jenis Fail

Jenis jenis fail yang terdapat dalam storan komputer.


Pengaplikasian Toxonomy Bloom

Mengaplikaskan toxonomy bloom dalam kelas


Aplikasi Pemprosesan Perkataan

Aplikasi word


Internet

Gambaran internet.

Kelemahan Penggunaan Internet

Kelemahan internet dari segi penggunaannya.

Sistem Operasi Komputer

Pengenalan kepada sistem operasi komputer.


Persembahkan Idea Anda

Menngunakan perisian persembahan untuk perkongsian maklumat dan idea.

Jom Buat Kajian

Gambaran proses menjalanlan kajian

Pengenalan Rangkaian Komputer

Rangkaian komputer

Kelas Digital

Gambaran kelas digital pembelajaran alaf ke 21

Komponen Komputer

Pengenalan komponen komputer

Papan Kekunci Komputer

Penerangan elemen yang terdapat pada papan kekunci (keyboard)

Sumber Tmk

Pengenal teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah rendah

Monday 6 April 2015

Free Source For Education

Education Software

A directory of free educational software for kids. Educational games, student information systems, learning management and course management.
There are several kinds of software needed in a educational environment: network security and monitoring to keep the school networked and safe, grade and timetable tracking software for teachers, educational software for classes, general network clients for email and web access.


Sunday 5 April 2015

Gambaran Flip Learning

Salah Faham Terhadap Teknologi Pendidikan

Kepentingan TMK



TMK ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara baru yang diperkenalkan di dalam kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian daripada budaya hidup. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan TMK di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa kefahaman yang jelas akan menjejaskan perkembangannya di Malaysia dan sekaligus memperlahankan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia.

Kepentingan dalam TMK sebenarnya mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem nilai masyarakat masa kini dan akan datang. Mahu atau tidak, persaingan akan wujud yang memerlukan kepada tindakan pantas dan bijaksana bagi menghadapi keadaan ini. Semua ini memerlukan kredibiliti dan kemampuan manusia sebagi pengurus atau pekerja yang mahir dan ‘knowledgeble’. Oleh itu, perubahan demi perubahan perlu dilaksanakan bagi mengisi ruang-ruang input yang baru dan terkini dalam pendidikan di negara ini.




Solan Lazim Tentang Teknologi Pendidikan

sumber asal : BTP





1. Apakah itu teknologi pendidikan?

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:
                    Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk         P&P
                    Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P
                    Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna             bahan sumber P&P

KEBERKESANAN TEKNOLOGI DAN APLIKASI DALAM PdP


SUMBER ASAL: http://gm1monline.blogspot.com/2013/01/keberkesanan-teknologi-dan-aplikasi.html



Kemajuan teknologi pada masa kini amat pantas bergerak. Syarikat-syarikat besar pembangunan aplikasi dan teknologi seperti Apple, Samsung, Microsoft, Window dan sebagainya berlumba-lumba mengeluarkan produk yang di luar sangkaan pengguna tentang kehebatan teknologi ini di mana ia mesra pengguna dan mempunyai banyak manfaat. 

M-Pembelajaran

Definisi

M-Pembelajaran (Mobile Learning): merupakan persilanganpengkomputeran mudah alih dan e-pembelajaran. Sumber boleh diakses di mana-mana sahaja, carian yang kukuh,bebas berinteraksi merupakan sokonganyang kuat kepada pembelajaran yang berkesan. M-pembelajaran bebas daripada lokasi dalam masa atau ruang.

Cara-cara Melaksanakan M-pembelajaran

M-pembelajaran adalah suatu model pembelajaran yang memanfaatkan media "mobile" atau handphone sebagai alat bantunya. Cara ini berfokus kepada mobilitas pelajar dan interaksi dengan teknologi portable. m-pembelajaran dijalankan dengan menggunakan smartphone atau handphone yang setidak-tidaknya mendukung Wi-Fi atau mempunyai fasilitas internet.

Perbezaan Domain Teknologi

Definisi - Teknologi- Pendidikan- Pengajaran


Definisi teknologi :

keupayaan menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dlm melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai kejayaan.

Kepenting Teknologi Pendidikan




GURU




Guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Cth: Project Based Learning(PBL)Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud, internet dan bahan media yang lain.Keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang. Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan persembahan multimedia dan perisian yang sesuai.

Saturday 4 April 2015

Teknologi Pendidikan


Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan teknologi-pendidikan1-1bhz6lcidea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

INTERNET SEBAGAI MEDIA PDP

INTERNET SEBAGAI MEDIA PDP



Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:-

PENGENALAN PPBK

PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)



Definisi
"Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran
atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus
yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer"