Pemacu Dunia Pendidikan  Guru Menerangi Dengan Cahaya Teknologi Kemahiran Teknologi Pemacu Dunia Pendidikan  Information and Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Pengajaran
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya. - Za'ba

Sunday 5 April 2015

Kepentingan TMK



TMK ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara baru yang diperkenalkan di dalam kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian daripada budaya hidup. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan TMK di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa kefahaman yang jelas akan menjejaskan perkembangannya di Malaysia dan sekaligus memperlahankan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia.

Kepentingan dalam TMK sebenarnya mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem nilai masyarakat masa kini dan akan datang. Mahu atau tidak, persaingan akan wujud yang memerlukan kepada tindakan pantas dan bijaksana bagi menghadapi keadaan ini. Semua ini memerlukan kredibiliti dan kemampuan manusia sebagi pengurus atau pekerja yang mahir dan ‘knowledgeble’. Oleh itu, perubahan demi perubahan perlu dilaksanakan bagi mengisi ruang-ruang input yang baru dan terkini dalam pendidikan di negara ini.





Pembangunan sistem pendidikan di negara ini selepas merdeka merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program- program kerajaan untuk melaksanakan berbagai-bagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961.

Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan-keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar- dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak perubahan telah berlaku dengan pesatnya. Antara yang terpenting ialah dalam bidang pelaksanaan teknologi komunikasi dan maklumat. Perubahan ini adalah berdasarkan kepada keperluan dalam zaman sains dan teknologi.

Pendidikan menjadi sasaran perubahan dan agen perubahan yang terpenting. Tekanan juga berlaku apabila pengimportan teknologi. Pengetua dilihat orang yang paling maju untuk menerima perubahan teknologi. Contohnya teknologi komputer dan internet. Komputer dan internet sering diwar-warkan dapat menyelesaikan segala masalah. Sedangkah apa yang berlaku di sekolah mahupun universiti ialah ketiadaan kakitangan mahir untuk mengendalikannya. Rempuhan teknologi maklumat tidak dapat dielakkan lagi. Maklumat kini berada di hujung jari jika kita mahu menggunakannya.

Ingatan mantan Perdana Menteri Malaysia terdahulu, Dr Mahathir Mohamad, “ “Kejayaan atau kegagalan seseorang banyak bergantung kepada dirinya sendiri . Bangsa yang dikelilingi oleh keadaan yang menekan , boleh berjaya . Sedangkan bangsa yang mempunyai negara yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah “

Setiap warga pendidik mestilah berfikir secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul dengan tiba-tiba dan melihat perubahan sebagai satu peluang. Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sisitem itu. Ia akan ditentang tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan perubahan itu akan ditentang dengan kuat. Dorongan utama bagi perubahan adalah daripada luar.

No comments:

Post a Comment