Pemacu Dunia Pendidikan  Guru Menerangi Dengan Cahaya Teknologi Kemahiran Teknologi Pemacu Dunia Pendidikan  Information and Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Pengajaran
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya. - Za'ba

Sunday 5 April 2015

Solan Lazim Tentang Teknologi Pendidikan

sumber asal : BTP





1. Apakah itu teknologi pendidikan?

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:
                    Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk         P&P
                    Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P
                    Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna             bahan sumber P&P


Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

2. Apakah definisi teknologi pendidikan?

•             Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991)

•             Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).

•             Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).

3.  Apakah prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

         i.            Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan lebih berkesan.
       ii.            Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu:

a.    Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar
b.   Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P
c.    Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan

      iii.            Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah
     iv.            Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan P&P
       v.            Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&P

4.  Apakah ciri-ciri teknologi pendidikan yang sesuai?

                    Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan     pelajaran
                    Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid
                    Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid
                    Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

5.  Apakah kepentingan teknologi pendidikan?

                    Melancarkan proses P&P
                    Menjimatkan masa, tenaga dan kos
                    Mengekalkan minat dan perhatian murid
                    Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar
                    Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan                        memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas
                    Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid
                    Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum
                    Memperkayakan pengalaman murid


6.  Apakah itu sumber pendidikan?

Sumber pendidikan merupakan sumber yang berperanan untuk menyokong dan meningkat proses P&P. Penggunaan sumber pendidikan dapat membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari. Sumber pendidikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan cetak dan bukan cetak.

No comments:

Post a Comment