Pemacu Dunia Pendidikan  Guru Menerangi Dengan Cahaya Teknologi Kemahiran Teknologi Pemacu Dunia Pendidikan  Information and Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Pengajaran
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya. - Za'ba

Sunday 5 April 2015

Kepenting Teknologi Pendidikan




GURU




Guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Cth: Project Based Learning(PBL)Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud, internet dan bahan media yang lain.Keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang. Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan persembahan multimedia dan perisian yang sesuai.


MURID




Keseronokan belajar akan memberi motivasi kepada murid di sekolah untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam teknologi pendidikan akan merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik.

Murid akan lebih jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru kerana penggunaan media yang lebih jelas akan memudahkan pemahaman murid tentang konsep.Sesuatu penerangan secara menyeluruh dapat diberikan melalui media seperti video, televisyen dan internet.

Murid dapat memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman melalui teknologi pendidikan.Penerokaan terhadap sesuatu topik melalui internet atau atau penggunaan video interaktif dapat memberi pengalaman baru. Contohnya:musim salji di negara luar dapat dilihat melalui video kepada murid .

No comments:

Post a Comment