Pemacu Dunia Pendidikan  Guru Menerangi Dengan Cahaya Teknologi Kemahiran Teknologi Pemacu Dunia Pendidikan  Information and Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Pengajaran
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya. - Za'ba

TMK DALAM PDP

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PDP


Penggunaan TMK dalam PdP bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP.

Manfaat TMK Dalam Pembelajaran
Penggunaan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:


        berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
      memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai  keupayaan.
        meningkatkan motivasi murid.
        membolehkan pembelajaran terarah sendiri
        membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
        membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau  terlalu mahal untuk diperoleh.
        mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
     membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu  mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
        meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.
      memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan  yang minimum.
        meningkat kemahiran TMK.

Memanfaatkan TMK Dalam PdP
Untuk memperoleh manfaat mengguna TMK dalam PdP, perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian: 

 •  Penggunaan TMK dalam PdP dirancang dengan baik, bukan secara “bidan terjun” atau        sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
 •  Penggunaan TMK bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan      PdP.
 •   Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti                            pembelajaran.


Keperluan Guru Menggunakan TMK Dalam PdP
Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas TMK yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan

Langkah Menggunakan TMK Dalam PdP
Dalam konteks penggunaan TMK dalam PdP, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan TMK sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan TMK dalam PdP dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru mengguna TMK), dan aspek pembelajaran (murid mengguna TMK). Dalam konteks pembelajaran2 , penggunaan TMK dalam PdP boleh dikategori sebagai:

        Tutorial,
        Penerokaan (eksploratori),
        Aplikasi, dan
        Komunikasi.







No comments:

Post a Comment