Pemacu Dunia Pendidikan  Guru Menerangi Dengan Cahaya Teknologi Kemahiran Teknologi Pemacu Dunia Pendidikan  Information and Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Pengajaran
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya. - Za'ba

Sunday 24 May 2015

Perisian Pengaturcaraan Scratch

Pengenalan kepada Pengaturcaraan Scratch


Pembangunan perisian Scratch adalah hasil kajian daripada kumpulan kajian Lifelong Kindergarten di Makmal Media MIT : https://llk.media.mit.edu/. Idea yang diketengahkan adalah dengan menukarkan bahasa pengatucaraan yang asal berbentuk kod dan sintak kepada bentuk objek yang mudah dan menarik untuk digunakan bagi pembelajaran asas pengaturcaraan (MIT Media Lab, 2012). Pengaturcaraan SCRATCH membekalkan bahasa pengaturcaraan bergrafik atau lebih dikenali sebagai bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang memudahkan kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas menggunakannya.

Blok-blok visual pengaturcaraan SCRATCH membenarkan pengguna menghasilkan program dengan tarik dan letak ke dalam kawasan skrip. Terdapat beberapa jenis blok iaitu motion, looks, sound, pen, control, sensing, operators dan variables. Melalui pengaturcaraan SCRATCH, Pelajar dengan lebih mudah dapat memahami konsep pengaturcaraan seperti struktur logikal (berjujukan, bercabang, pengulangan, kondisi), pembolehubah dan senarai, pemprosesan berbantukan peristiwa, debugging dan sebagainya. Aplikasi scratch membolehkan murid - murid disekolah rendah untuk membina aplikasi multimedia dan permainan berdasarkan idea dan tema yang disukai. Konsep pengenalan pengaturcaraan dalam pendidikan sekolah rendah membolehkan pendedahan awal dilakukan kepada bahasa pengaturcaraan. Perkembangan ini menjadikan murid -murid lebih cekap menggunakan scratch dan dapat memindahkan idea -idea kreatif melalui perisian scratch. Berikut ialah video tutorial SCRATCH sebagai asas pengenalan dan peringkat pertengahan.

Lesson 1



Lesson 2


Lesson 3

Lesson 4


3 comments: