Pemacu Dunia Pendidikan  Guru Menerangi Dengan Cahaya Teknologi Kemahiran Teknologi Pemacu Dunia Pendidikan  Information and Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Pengajaran
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya. - Za'ba

Monday 6 April 2015

Free Source For Education

Education Software

A directory of free educational software for kids. Educational games, student information systems, learning management and course management.
There are several kinds of software needed in a educational environment: network security and monitoring to keep the school networked and safe, grade and timetable tracking software for teachers, educational software for classes, general network clients for email and web access.


Sunday 5 April 2015

Gambaran Flip Learning

Salah Faham Terhadap Teknologi Pendidikan

Kepentingan TMK



TMK ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara baru yang diperkenalkan di dalam kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian daripada budaya hidup. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan TMK di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa kefahaman yang jelas akan menjejaskan perkembangannya di Malaysia dan sekaligus memperlahankan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia.

Kepentingan dalam TMK sebenarnya mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem nilai masyarakat masa kini dan akan datang. Mahu atau tidak, persaingan akan wujud yang memerlukan kepada tindakan pantas dan bijaksana bagi menghadapi keadaan ini. Semua ini memerlukan kredibiliti dan kemampuan manusia sebagi pengurus atau pekerja yang mahir dan ‘knowledgeble’. Oleh itu, perubahan demi perubahan perlu dilaksanakan bagi mengisi ruang-ruang input yang baru dan terkini dalam pendidikan di negara ini.




Solan Lazim Tentang Teknologi Pendidikan

sumber asal : BTP





1. Apakah itu teknologi pendidikan?

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:
                    Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk         P&P
                    Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P
                    Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna             bahan sumber P&P

KEBERKESANAN TEKNOLOGI DAN APLIKASI DALAM PdP


SUMBER ASAL: http://gm1monline.blogspot.com/2013/01/keberkesanan-teknologi-dan-aplikasi.html



Kemajuan teknologi pada masa kini amat pantas bergerak. Syarikat-syarikat besar pembangunan aplikasi dan teknologi seperti Apple, Samsung, Microsoft, Window dan sebagainya berlumba-lumba mengeluarkan produk yang di luar sangkaan pengguna tentang kehebatan teknologi ini di mana ia mesra pengguna dan mempunyai banyak manfaat. 

M-Pembelajaran

Definisi

M-Pembelajaran (Mobile Learning): merupakan persilanganpengkomputeran mudah alih dan e-pembelajaran. Sumber boleh diakses di mana-mana sahaja, carian yang kukuh,bebas berinteraksi merupakan sokonganyang kuat kepada pembelajaran yang berkesan. M-pembelajaran bebas daripada lokasi dalam masa atau ruang.

Cara-cara Melaksanakan M-pembelajaran

M-pembelajaran adalah suatu model pembelajaran yang memanfaatkan media "mobile" atau handphone sebagai alat bantunya. Cara ini berfokus kepada mobilitas pelajar dan interaksi dengan teknologi portable. m-pembelajaran dijalankan dengan menggunakan smartphone atau handphone yang setidak-tidaknya mendukung Wi-Fi atau mempunyai fasilitas internet.

Perbezaan Domain Teknologi

Definisi - Teknologi- Pendidikan- Pengajaran


Definisi teknologi :

keupayaan menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dlm melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai kejayaan.

Kepenting Teknologi Pendidikan




GURU




Guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Cth: Project Based Learning(PBL)Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud, internet dan bahan media yang lain.Keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang. Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan persembahan multimedia dan perisian yang sesuai.

Saturday 4 April 2015

Teknologi Pendidikan


Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan teknologi-pendidikan1-1bhz6lcidea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

INTERNET SEBAGAI MEDIA PDP

INTERNET SEBAGAI MEDIA PDP



Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:-

PENGENALAN PPBK

PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)



Definisi
"Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran
atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus
yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer"