Pemacu Dunia Pendidikan  Guru Menerangi Dengan Cahaya Teknologi Kemahiran Teknologi Pemacu Dunia Pendidikan  Information and Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Pengajaran
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya. - Za'ba

AUTHORWARE

Asas Authorware

Perisian multimedia banyak digunakan pada masa kini dalam pelbagai bidang.  Perisian ini biasanya mempunyai ciri-ciri tertentu seperti adanya teks, grafik, audio, video, animasi dan bersifat interaktif. Cara termudah membangunkan satu perisian multimedia ialah ialah dengan menggunakan system pengarangan. Sistem pengarangan merupakan program computer yang dibina khusus untuk memudahkan pengguna membina perisian multimedia tanpa perlu bersusah-payah mempelajarai bahasa pengaturcaraan biasa yang agak rumit.

Terdapat banyak jenis perisian system pengarang yang berada di pasaran sekarang. Sungguhpun begitu, perisian ini dapat dikategorikan kepada tiga jenis yang utama sahaja iaitu berasaskan kad, masa dan ikon.


Authorware merupakan perisian sistem pengarang popular yang banyak digunakan pada masa kini. Sistem pengarang yang berasaskan ikon ini menggunakan ikon-ikon untuk mengarang. Anda hanya perlu memilih ikon-ikon yang hendak digunakan dan menyusun ikon-ikon itu seolah-olah anda sedang membina satu carta aliran. Kemudian, barulah maklumat sebenarnya seperti grafik, teks atau video dimasukkan ke dalam ikon yang disusun itu. Anda akan dapat melihat aliran program yang sedang anda bina dan ini memudahkan anda memahami apa yang sedang anda buat.


Memulakan Aplikasi Authorware

1.      Klik Start.
2.      Pilih Programs.
3.      Pilih Macromedia Authorware.
4.      Klik pada ikon Authorware.
5.    Apabila paparan logo Macromedia dipaparkan, klik tetikus sekali  dan klik butang None pada tetingkap pilihan opsyen Knowledge Object, paparan beriktu akan dipaparkan.


Contoh pembangunan persembahan mutimedia menggunakan Authorware




No comments:

Post a Comment