1. Apakah itu teknologi pendidikan?
Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan
usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti
berikut:
•
Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan
sumber manusia untuk P&P
•
Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan
bahan sumber P&P
•
Mengurus proses mengenalpasti, membangun,
mengelola dan mengguna bahan sumber P&P
Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur
akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih,
mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
2. Apakah definisi teknologi pendidikan?
• Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991)
• Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).
• Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).
3. Apakah prinsip
teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)?
i.
Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru
dan murid melalui proses P&P dengan lebih berkesan.
ii.
Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang
dalam tiga peringkat, iaitu:
a. Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara
bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar
b. Semasa penggunaan - merancang ulasan dan
penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P
c. Selepas penggunaan - merancang aktiviti
lanjutan/pengayaan dan pengukuhan
iii.
Sumber pendidikan dipilih berdasarkan
kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz
kelas dan keadaan fizikal bilik darjah
iv.
Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai
objektif dan peringkat perkembangan P&P
v.
Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang
sesuai untuk mengoptimum P&P
4. Apakah ciri-ciri
teknologi pendidikan yang sesuai?
•
Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan
menerangkan isi kandungan pelajaran
•
Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk
dilihat oleh semua murid
•
Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi
menarik minat murid
•
Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah
disimpan
5. Apakah kepentingan
teknologi pendidikan?
•
Melancarkan proses P&P
• Menjimatkan masa, tenaga dan kos
• Mengekalkan minat dan perhatian murid
• Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar
• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas
• Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid
• Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum
• Memperkayakan pengalaman murid
• Menjimatkan masa, tenaga dan kos
• Mengekalkan minat dan perhatian murid
• Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar
• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas
• Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid
• Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum
• Memperkayakan pengalaman murid
6. Apakah itu sumber
pendidikan?
Sumber pendidikan merupakan sumber yang berperanan untuk
menyokong dan meningkat proses P&P. Penggunaan sumber pendidikan dapat
membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta
membantu murid memahami perkara yang dipelajari. Sumber pendidikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan
cetak dan bukan cetak.
No comments:
Post a Comment