SUMBER ASAL: http://gm1monline.blogspot.com/2013/01/keberkesanan-teknologi-dan-aplikasi.html
Kemajuan teknologi pada masa kini amat pantas bergerak.
Syarikat-syarikat besar pembangunan aplikasi dan teknologi seperti Apple,
Samsung, Microsoft, Window dan sebagainya berlumba-lumba mengeluarkan produk
yang di luar sangkaan pengguna tentang kehebatan teknologi ini di mana ia mesra
pengguna dan mempunyai banyak manfaat.
Antaranya seperti Ipad, tablet, smart phone dan sebagainya
telah menggantikan penggunaan komputer yang agak besar dan berat untuk dibawa
bersama kemana-mana. Kini kanak-kanak seusia 3 tahun sudah dapat menguasai
kehebatan teknologi ini. Jika hendak dibandingkan kemahiran dan tahap
kreativiti pelajar pada awal tahun 2000 amat jauh perbezaannya.
Keperluan teknologi masa kini telah menjadi suatu keperluan
asas kepada pengguna begitu juga kanak-kanak. Ianya dapat memberangsangkan
kebolehan pelbagai pemikiran mereka secara interaktif. Kini, masyarakat telah
sedar bahawa keperluan ini amat penting untuk perkembangan kognitif anak-anak
mereka selain menghantar ke pusat-pusat
tuisyen dan sekolah.
Idea Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang di
bawa oleh Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia
amat bersesuai pada masa kini untuk mengangkatkan lagi tahap kemajuan
pendidikan sedia ada bagi melahirkan generasi masa depan yang mempunyai daya
fikiran tinggi bertaraf dunia seiring dengan kemajuan teknologi masa akan
datang.
Oleh yang demikian bagi peringkat permulaan masa kini,
guru-guru seharusnya perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi ini dengan
lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh
penggunaan Ipad, Smart Phone dan Tablet dapat dimanfaatkan dalam pengajaran di
dalam kelas sebagai alat yang praktikal
dan dapat menggantikan papan hijau yang agak mengganggu masa interaksi
bersama pelajar.
Teknologi ini dapat digunakan sepenuhnya dengan menggunakan
aplikasi khas seperti Kamus, Quick Office (word/excel/power point), YouTube
(Video tayangan) dan sebagainya. Alat
seperti Ipad, Iphone, Galaxy Tab, Galaxy Note dan tablet dapat menggunakan capaian terus internet
melalui kad sim (data Internet) atau wifi yang memudahkan guru-guru untuk
mencapai maklumat secara terus dan cepat untuk menunjukkan contoh gambarajah,
video dan sebagainya kepada para pelajar.
Alat ini juga dapat disambungkan kepada projektor atau
televisyen untuk tatapan para pelajar di dalam kelas secara langsung.
Penggunaan teknologi ini memberi suatu daya tarikan kepada pelajar disamping
dapat menjimatkan banyak masa untuk menulis dipapan hijau dan menunjukkan
contoh-contoh gambar rajah atau sebarang contoh yang terhad di dalam buku teks
dengan mencapai di dalam Google, Yahoo atau sebarang capaian maklumat jaringan
internet.
Jika perlaksanaan ini dapat dilakukan maka tiada yang
mustahil untuk kita melahirkan pelajar yang berkualiti dalam masa terdekat juga
secara tidak langsung sistem pendidikan yang lebih berkesan telah tercapai.
No comments:
Post a Comment