Guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan
pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Cth: Project Based
Learning(PBL)Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan
maujud, internet dan bahan media yang lain.Keberkesanan hasil dan objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang.
Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan
teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan
persembahan multimedia dan perisian yang sesuai.
Keseronokan belajar akan memberi motivasi kepada murid di
sekolah untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam
teknologi pendidikan akan merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik.
Murid akan lebih jelas tentang sesuatu konsep yang
disampaikan oleh guru kerana penggunaan media yang lebih jelas akan memudahkan
pemahaman murid tentang konsep.Sesuatu penerangan secara menyeluruh dapat
diberikan melalui media seperti video, televisyen dan internet.
Murid dapat memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman melalui
teknologi pendidikan.Penerokaan terhadap sesuatu topik melalui internet atau
atau penggunaan video interaktif dapat memberi pengalaman baru. Contohnya:musim
salji di negara luar dapat dilihat melalui video kepada murid .
No comments:
Post a Comment