Thursday, 28 May 2015
Monday, 25 May 2015
Pegenalan SCORM
Pegenalan SCORM
Sharable Content Object Reference Model (SCORM) adalah model yang dijadikan sebagai rujukan dalam menghasilkan kandungan e-learning. Kandungan e-learning dalam SCORM ini dikenali sebagi SCO (shareable content object). SCO digunakan untuk melakukan perkongsian kandungan antara Learning Management System (LMS) yang berlainan, contohnya sco yang terdapat pada Moodle boleh dikongsikan atau digunakan kedalam persekitaran Blackboard atau WebCT tanpa melakukan sebarang perubahan dari segi pengaturcaraan.Oleh itu pembinaan bahan atau kandungan topik pembelajara dan e-learning (SCO)perlu mengikut standard SCORM bagi memudahkan proses perkongsian atau pertukaran dari segi platform e-learning.
Piawaian dibina pada tahun 1997 melalui projek Advance Distributed Learning (ADL) initiative (ADLnet.org) di Amerika Syarikat. Penyumbang dana untuk pembangunan SCORM adalah dari United States Department of Labor, Department of defence dan National Guard Bureau. Dirasmikan oleh oleh White House Office of Science and Technology. SCORM mengenegahkan konsep reusability, durability, accessibility dan interoperability.
Sunday, 24 May 2015
Perisian Pengaturcaraan Scratch
Pengenalan kepada Pengaturcaraan Scratch
Pembangunan perisian Scratch adalah hasil kajian daripada kumpulan kajian Lifelong Kindergarten di Makmal Media MIT : https://llk.media.mit.edu/. Idea yang diketengahkan adalah dengan menukarkan bahasa pengatucaraan yang asal berbentuk kod dan sintak kepada bentuk objek yang mudah dan menarik untuk digunakan bagi pembelajaran asas pengaturcaraan (MIT Media Lab, 2012). Pengaturcaraan SCRATCH membekalkan bahasa pengaturcaraan bergrafik atau lebih dikenali sebagai bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang memudahkan kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas menggunakannya.
Blok-blok visual pengaturcaraan SCRATCH membenarkan pengguna menghasilkan program dengan tarik dan letak ke dalam kawasan skrip. Terdapat beberapa jenis blok iaitu motion, looks, sound, pen, control, sensing, operators dan variables. Melalui pengaturcaraan SCRATCH, Pelajar dengan lebih mudah dapat memahami konsep pengaturcaraan seperti struktur logikal (berjujukan, bercabang, pengulangan, kondisi), pembolehubah dan senarai, pemprosesan berbantukan peristiwa, debugging dan sebagainya. Aplikasi scratch membolehkan murid - murid disekolah rendah untuk membina aplikasi multimedia dan permainan berdasarkan idea dan tema yang disukai. Konsep pengenalan pengaturcaraan dalam pendidikan sekolah rendah membolehkan pendedahan awal dilakukan kepada bahasa pengaturcaraan. Perkembangan ini menjadikan murid -murid lebih cekap menggunakan scratch dan dapat memindahkan idea -idea kreatif melalui perisian scratch. Berikut ialah video tutorial SCRATCH sebagai asas pengenalan dan peringkat pertengahan.
Blok-blok visual pengaturcaraan SCRATCH membenarkan pengguna menghasilkan program dengan tarik dan letak ke dalam kawasan skrip. Terdapat beberapa jenis blok iaitu motion, looks, sound, pen, control, sensing, operators dan variables. Melalui pengaturcaraan SCRATCH, Pelajar dengan lebih mudah dapat memahami konsep pengaturcaraan seperti struktur logikal (berjujukan, bercabang, pengulangan, kondisi), pembolehubah dan senarai, pemprosesan berbantukan peristiwa, debugging dan sebagainya. Aplikasi scratch membolehkan murid - murid disekolah rendah untuk membina aplikasi multimedia dan permainan berdasarkan idea dan tema yang disukai. Konsep pengenalan pengaturcaraan dalam pendidikan sekolah rendah membolehkan pendedahan awal dilakukan kepada bahasa pengaturcaraan. Perkembangan ini menjadikan murid -murid lebih cekap menggunakan scratch dan dapat memindahkan idea -idea kreatif melalui perisian scratch. Berikut ialah video tutorial SCRATCH sebagai asas pengenalan dan peringkat pertengahan.
Lesson 1
Saturday, 23 May 2015
Tuesday, 7 April 2015
Monday, 6 April 2015
Free Source For Education
Education Software
A directory of free educational software for kids. Educational games, student information systems, learning management and course management.
There are several kinds of software needed in a educational environment: network security and monitoring to keep the school networked and safe, grade and timetable tracking software for teachers, educational software for classes, general network clients for email and web access.
Sunday, 5 April 2015
Kepentingan TMK
TMK ialah satu inovasi dalam
kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara baru
yang diperkenalkan di dalam kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu menimbulkan
pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian daripada budaya hidup.
Kefahaman masyarakat terhadap keperluan TMK di dalam kehidupan hari ini perlu
dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa kefahaman yang jelas akan menjejaskan
perkembangannya di Malaysia dan sekaligus memperlahankan usaha kerajaan untuk
melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia.
Kepentingan dalam TMK sebenarnya
mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem nilai masyarakat
masa kini dan akan datang. Mahu atau tidak, persaingan akan wujud yang
memerlukan kepada tindakan pantas dan bijaksana bagi menghadapi keadaan ini.
Semua ini memerlukan kredibiliti dan kemampuan manusia sebagi pengurus atau
pekerja yang mahir dan ‘knowledgeble’. Oleh itu, perubahan demi perubahan perlu
dilaksanakan bagi mengisi ruang-ruang input yang baru dan terkini dalam
pendidikan di negara ini.
Solan Lazim Tentang Teknologi Pendidikan
1. Apakah itu teknologi pendidikan?
Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan
usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti
berikut:
•
Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan
sumber manusia untuk P&P
•
Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan
bahan sumber P&P
•
Mengurus proses mengenalpasti, membangun,
mengelola dan mengguna bahan sumber P&P
KEBERKESANAN TEKNOLOGI DAN APLIKASI DALAM PdP
SUMBER ASAL: http://gm1monline.blogspot.com/2013/01/keberkesanan-teknologi-dan-aplikasi.html
Kemajuan teknologi pada masa kini amat pantas bergerak.
Syarikat-syarikat besar pembangunan aplikasi dan teknologi seperti Apple,
Samsung, Microsoft, Window dan sebagainya berlumba-lumba mengeluarkan produk
yang di luar sangkaan pengguna tentang kehebatan teknologi ini di mana ia mesra
pengguna dan mempunyai banyak manfaat.
M-Pembelajaran
Definisi
M-Pembelajaran (Mobile Learning): merupakan
persilanganpengkomputeran mudah alih dan e-pembelajaran. Sumber boleh diakses
di mana-mana sahaja, carian yang kukuh,bebas berinteraksi merupakan
sokonganyang kuat kepada pembelajaran yang berkesan. M-pembelajaran bebas
daripada lokasi dalam masa atau ruang.
Cara-cara Melaksanakan M-pembelajaran
M-pembelajaran adalah suatu model pembelajaran yang
memanfaatkan media "mobile" atau handphone sebagai alat bantunya.
Cara ini berfokus kepada mobilitas pelajar dan interaksi dengan teknologi
portable. m-pembelajaran dijalankan dengan menggunakan smartphone atau
handphone yang setidak-tidaknya mendukung Wi-Fi atau mempunyai fasilitas
internet.
Definisi - Teknologi- Pendidikan- Pengajaran
Definisi teknologi :
keupayaan menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan
saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik
sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dlm melaksanakan sesuatu tugas
sehingga mencapai kejayaan.
Kepenting Teknologi Pendidikan
Guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan
pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Cth: Project Based
Learning(PBL)Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan
maujud, internet dan bahan media yang lain.Keberkesanan hasil dan objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang.
Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan
teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan
persembahan multimedia dan perisian yang sesuai.
Saturday, 4 April 2015
Teknologi Pendidikan
Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne”
yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga
terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi
bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea.
Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan
teknologi-pendidikan1-1bhz6lcidea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu
maksud atau objektif terletak pada alat.
INTERNET SEBAGAI MEDIA PDP
INTERNET SEBAGAI MEDIA PDP
Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang
mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti
pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd
Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan
dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi,
industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi
multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru
khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap
matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara
kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada
guru adalah seperti mana yang berikut:-
PENGENALAN PPBK
PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PPBK)
Definisi
"Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) ialah pengajaran
atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian
kursus
yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer"
Subscribe to:
Posts (Atom)