Thursday, 28 May 2015
Monday, 25 May 2015
Pegenalan SCORM
Pegenalan SCORM
Sharable Content Object Reference Model (SCORM) adalah model yang dijadikan sebagai rujukan dalam menghasilkan kandungan e-learning. Kandungan e-learning dalam SCORM ini dikenali sebagi SCO (shareable content object). SCO digunakan untuk melakukan perkongsian kandungan antara Learning Management System (LMS) yang berlainan, contohnya sco yang terdapat pada Moodle boleh dikongsikan atau digunakan kedalam persekitaran Blackboard atau WebCT tanpa melakukan sebarang perubahan dari segi pengaturcaraan.Oleh itu pembinaan bahan atau kandungan topik pembelajara dan e-learning (SCO)perlu mengikut standard SCORM bagi memudahkan proses perkongsian atau pertukaran dari segi platform e-learning.
Piawaian dibina pada tahun 1997 melalui projek Advance Distributed Learning (ADL) initiative (ADLnet.org) di Amerika Syarikat. Penyumbang dana untuk pembangunan SCORM adalah dari United States Department of Labor, Department of defence dan National Guard Bureau. Dirasmikan oleh oleh White House Office of Science and Technology. SCORM mengenegahkan konsep reusability, durability, accessibility dan interoperability.
Sunday, 24 May 2015
Perisian Pengaturcaraan Scratch
Pengenalan kepada Pengaturcaraan Scratch
Pembangunan perisian Scratch adalah hasil kajian daripada kumpulan kajian Lifelong Kindergarten di Makmal Media MIT : https://llk.media.mit.edu/. Idea yang diketengahkan adalah dengan menukarkan bahasa pengatucaraan yang asal berbentuk kod dan sintak kepada bentuk objek yang mudah dan menarik untuk digunakan bagi pembelajaran asas pengaturcaraan (MIT Media Lab, 2012). Pengaturcaraan SCRATCH membekalkan bahasa pengaturcaraan bergrafik atau lebih dikenali sebagai bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang memudahkan kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas menggunakannya.
Blok-blok visual pengaturcaraan SCRATCH membenarkan pengguna menghasilkan program dengan tarik dan letak ke dalam kawasan skrip. Terdapat beberapa jenis blok iaitu motion, looks, sound, pen, control, sensing, operators dan variables. Melalui pengaturcaraan SCRATCH, Pelajar dengan lebih mudah dapat memahami konsep pengaturcaraan seperti struktur logikal (berjujukan, bercabang, pengulangan, kondisi), pembolehubah dan senarai, pemprosesan berbantukan peristiwa, debugging dan sebagainya. Aplikasi scratch membolehkan murid - murid disekolah rendah untuk membina aplikasi multimedia dan permainan berdasarkan idea dan tema yang disukai. Konsep pengenalan pengaturcaraan dalam pendidikan sekolah rendah membolehkan pendedahan awal dilakukan kepada bahasa pengaturcaraan. Perkembangan ini menjadikan murid -murid lebih cekap menggunakan scratch dan dapat memindahkan idea -idea kreatif melalui perisian scratch. Berikut ialah video tutorial SCRATCH sebagai asas pengenalan dan peringkat pertengahan.

Lesson 1
Saturday, 23 May 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)